Saturday, January 31, 2015

Penang Design Trip; Eunoia Studio Oct 2014


3rd Semester of BSc. Architecture

Alhamdulillah, 3rd Semester was done! Lega! Boleh dikatakan antara semester yang mencabar tetapi worth it because puas ber-design even design tak kan pernah habis! haha.
 Banyak benda baru belajar untuk semester ini, kami dah mula masuk ke arah design yang lebih serius dan lebih banyak explore form-form design. 

Project 1
 untuk projek 1, kami diberi tugasan kumpulan seramai 4 orang satu kumpulan dan perlu membuat kajian mengenai sebuah kiosk perniagaan di mana mana mall, kami pilih mall di Space U8. 
Selain itu, kami juga perlu mengkaji mengenai Antrophometric and Ergonomics iaitu mengenai tubuh badan manusia dan keselesaan ruang dan kedudukan tubuh badan manusia yang selesa untuk kedudukan perabut dan susunan ruang.

 Di samping itu, kami juga diperkenal kan dengan Precedent Study, iaitu kajian projek projek terdahulu, dan memandangkan Semester 3 kami bertumpu kepada 'Timber Structure' maka 'Precedent Study' kami juga bertumpu kepada timber structure. Group kami memilih Projek di sebuah pantai di Littlehampton, England.






Project 2a
The best part of study architecture ni ialah banyak berjalan, this semester we got chances to Penang, well as it my hometown, apa gi memang habihlah aku bawak depa pusing satu pulau, site kami this semester kat Monkey Beach, Taman Negara, Penang. This semester we started to learn about site analysis. 

 Some site analysis by a group of 4 students at Monkey Beach, Penang State Park.

Project 2b

 Final Projek









 and Semester 3 end with a great Review Session and let's hope my result will be good.
 


Wednesday, February 5, 2014

Senibina : PROLOG

Yo, after awhile lama gila tak update nak dekat 6 bulan, here I am again here. Dalam post kali ini benarkan saya berkongsi pengalaman saya sebagai pelajar senibina a.k.a archi selama satu sems.

Maaf kerana menghilang selama 6 bulan di mana saya kira post terakhir saya ialah pada bulan Julai, fuhhh sekejap sahaja masa berjalan meninggalkan kita sudah 6 bulan berlalu.

Bermulanya Sebuah Muka Surat Baru
Sebagai pelajar senibina banyak benda baru yang saya pelajari dan ingin saya katakan di sini bahawa hidup saya sudah berubah daripada dahulu, jika dahulu belajar lebih kepada banyak membaca dan dibantu pensyarah tetapi tidak lagi sekarang, sekarang semuanya bebas dan saya bebas menyuarakan ekspressi saya melalui kerja-kerja projek saya.

Mengenai benda baru yang saya belajar ialah kehidupan sebagai seorang pelajar senibina tidaklah seindah yang disangkakan oleh semua, tidak tidur  malam, tidak tidur beberapa hari, makan pun ikut suka 3-4 pagi kalau terasa nak melantak tu tetap makan dan ada lagi sebahagian daripada nya yang tidak cukup untuk saya ceritakan dalam post kali ini. Tapi itulah keseronokan sebenarnya, keseronokan bekerja itupun jika anda seorang yang betul-betul berminat dengan bidang ini, ingin saya nasihatkan di sini jika tidak berminat dengan bidang ini susah untuk anda survive, sebab apa? Sebab course ini lain daripda course lain, ketika orang lain nyenyak tidur kita perlu bersengkang mata menyiapkan projek-projek kejar dateline untuk hantar projek, menerima kritikan secara terus daripada pensyarah dan pelbagai lagi.
Jujur saya katakan pada awalnya saya agak cemburu dengan pelajar-pelajar course lain yang dapat tidur dengan nyenyak sedangkan saya perlu berjaga tidak tidur untk menyiapkan drawing-drawing yang perlu disubmit, tapi itu semua hanya permulaan, selepas itu saya mula merasakan keseronokan bekerja di mana saya hanya enjoy apa yang saya lakukan, Alhamdulillah segala rungutan saya pergi bak air sungai  deras membawa jauh semua rungutan saya.
Di sini ingin saya kongsikan beberapa projek saya ketika berada di semester 1



Sakura ; Tree of Life Cycle. mengambil inspirasi daripada Monet's '
Water's Lilies
 Projek 1
 Sebagai permulaan kami diperkenalkan dahulu dengan art untuk melatih tangan-tangan yang agak keras, hahaha (boleh dikatakan begitulah alasannya). Lebih kepada memupuk minat.Dalam projek ini kami dalam berkumpulan mengumpul maklumat megenai apa-apa masterwork dan membentangkan di hadapan kelas dan menghasilkan sesuatu masterwork kami sendiri berdasarkan artis yang kami kaji.
Projek 2- Nature Object(Onion)
Dalam projek ini kami dikehendaki mengumpul maklumat daripada benda hidup yang kami pilih, mekaji struktur, permukaan dan segalanya dan seterusnya membina kembali objek tersebut.



 dengan menggunakan plaster of paris (POP) kami diajar untuk menghasilkan objek kamimenggunakan objek kami menghasilakn objek lain                                                                                         menggunakan imaginasi

PROJEK 3 'THE PLAY IS OVER'
Siapa kata senibina ini hanya kepada bangunan, teater juga kami join, tapi bukan join berlakon teater lah, just kaji karakter dan tema dalam teater tersebut


FINAL PROJECT
Final project baru kami ke arah buildings, untuk final projek saya ini, saya perlu ke Bandar Klang dan memilih bangunan saya sendiri, saya memilih Balai Bomba Kota Raja, sebuah balai bomba yang bersejarah. Di sini saya belajar untuk berurusan dengan orang atasan, meminta plan balai, bumbung dan segalanya.



Crit Session - Ketika En. Fadzlan mengkritik presentation board saya
PROJEK FINAL B
Dalam projek ini kami dikehendaki secara individu mereka pattern daripada detailing bangunan yang saya pilih seterusnya menterjemahkan ianya kepada model. 




 MODEL RUMAH KEDAI LAMA DI BANDAR KLANG

 ASAS SENI
maaf gambar terbalik
                                      


                                     


REVIEW DAY- SEMESTER END
My booth

 in action- mengukur bangunan utuk membina model bangunan
                                                                     kedai lama di bandar Klang


 Teater



 Art is An Explosion, No Wrong or Right.
Kreativiti di mana-mana even dalam kereta tengah hujan nak pergi makan pun, hahaha.

Apapun inilah dunia baru yang bakal saya tempuhi dalam hidup saya, BUKU BARU, JENIS LAIN, hehehe. Okaylah nak menghabiskan cuti semester ni dengan lebih bermanfaat.