Friday, May 3, 2013

Temuduga Sarjana Muda Sains Senibina (UiTM)

bayangkan tengah final exam matrikulasi, aku check result, ALHAMDULILLAH aku dapat temuduga untuk Sarjana Muda Senibina UiTM, apa lagi tengah final tak final, aku rebut peluang ni, dah memang dari dulu lagi aku nak course Sarjana Muda UiTM ni, dua kawan aku dah terlepas dah masuk awal dari aku, masa aku menulis ni, mereka2 sudah dua semester di hadapan aku, sedangkan aku masih bertungkus-lumus menghabiskan program matrikulasi, pada asalnya tahun lepas aku memohon jugak untuk course ni, tapi bukan rezeki nak buat macam mana kan, Allah ada aturan dia, then untuk intake bulan disember aku terlepas, tapi alhamdulillah untuk kali ini aku berjaya, untuk pengetahuan semua, aku memohon course ni menggunakan result SPM aku, kenapa terjadi begini? disebabkan aku memohon program diploma juga selain program degree, means as backup sebab aku tak yakin dengan result PSPM matrikulasi aku akan melayyakan aku ke universiti tempatan so aku ambil keputusan sebelum 15 April lepas untuk mengisi UPU bagi mengambilan Pelajar Sarjana Muda dan juga Diploma bagi lepasan SPM/Setaraf sebagai backup kepada UPU Degree. Sebenarnya untuk pengetahuan semua tak salah pun untuk memohon kedua-duanya, and alhamdulillah aku dapat temuduga untuk program degree ni, orang cakap kalau dah dapat temuduga sebelah kaki dah dalam tempat tu, cuma nak bawa sebelah kaki jer lagi.
Aku ceritakan pengalamanku bersamanya diselitkan tips-tips untuk yang akan melalui temuduga yang lebih kurang macam aku.

Hari TEMUDUGA
tarikh temuduga ialah 27 April 2013, tempat temuduga yang aku dapat ialah di UiTM Pulau Pinang, Permatang Pauh.. alhamdulillah 10 minit jer dari rumah aku, so tak susah sangatlah walaupun even tengah final exam, bayangkan tinggal lagi dua paper Physics dan Kimia. Berbekalkan sijil-sijil SPM dan folio seni sewaktu SPM aku pergi ke temuduga, aku sangkakan ramai orang seperti yang kawan2 aku ceritakan tapi jangkaan aku meleset sebab masa hari aku temuduga tak sampai 40 orang pun, dalam 30 macam tu jer, and untuk course aku dalam 14 orang jer, itupun lelaki 4, selebihnya perempuan (*terasa kepupusan lelaki di situ, sadis). Dinasihatkan kepada semua calon temuduga untuk hadir awal untuk mengelakkan masalah-masalah. Rata-rata yang hadir ke temuduga hari itu semuanya lepasan SPM 2012, hanya aku lepasan SPM 2011.

Temuduga bemula...
temuduga terbahagi kepada dua:
1) Ujian Melukis (Drawing test)
2) Temuduga (Walk-in interview)

Ujian Melukis
untuk ujian melukis, anda diperuntukkan masa selama satu jam untuk menyiapkan lukisan. Lukisan yang perlu dilukis mudah sahaja, ketika temuduga aku ini aku perlu melukis bentuk-bentuk geometri yang disusun di tengah-tengah bilik melalui persepktif aku, sebab apa melalui perspektif masing-masing? supaya tak ada sesiapa pun boleh meniru sebab perspektif setiap orang adalah lain. Untuk pengetahuan semua, anda akan dikumpulkan dalam satu bilik yang diletakkan bentuk-bentuk geometri yang untuk dilukis di tengah bilik dan hanya dibenarkan menggunakan pensil 2B atau BB sahaja dan pemadam, pembaris adalah haram digunakan sebab dia nak tengok semua free hand, sebelum ujian lukisan anda perlu mengisi dahulu borang maklumat diri. Lukisan yang anda lukis sebaiknya memenuhi seluruh A3 drawing paper, dan mulakan lukisan dengan melukis kawasan luar dahulu, kemudian baru lukis setiap bentuk lukisan tu, kalau rajin dan berkemahiran lepas tuh buatlah bayang2 penataan cahaya, dan dinasihatkan untuk meninggalkan jer construction line, barulah nampak teknikal sikit, hehehe.

Temuduga 
aku merupakan orang ke-5 ditemuduga, sebelum aku ada seorang budak lelaki, dan selepas aku juga budak lelaki, sebelum masuk temuduga seriously kami tak bincang apa2 langsung fasal Senibina, sembang fasal benda tak ada kaitan langsung. Then tiba giliran aku. Aku masuk and bersalaman dengan penemuduga. Hanya seorang penemuduga untuk program aku. Lelaki. Dah selesai semua urusan aku minta untuk duduk.
Untuk pengetahuan semua, temuduga ini adalah dalam bahasa Inggeris, speaking okay, tapi ada jer aku dengar kawan2 aku berbahasa melayu jer, semua bergantung kepada penemuduga lah, tapi sebaiknya speaking lah, untuk menunjukkan lebih keyakinan kepada penemuduga bahawa kita berkeyakinan.
Untuk temuduga aku, ada beberapa soalan yang ditanya.
1) Introduce yourself
masa ini anda kenalkan diri anda, sekolah mana, anak keberapa dalam keluarga dan seterus-seterusnya, harus diingat bahawa penemuduga itu bukan menemuduga kita seorang jer, so janganlah "My name is ..... my father name.... my mother name...." dia pun dah boleh hafal skrip setiap calon yang masuk tuh, apa kata jadikan sesi mukadimah itu lebih menarik untuk menarik perhatian penemuduga, paling penting anda kena UP-kan diri sendiri waktu, ceritakan segala Idea, Jawatan, Projek yang anda pernah urus masa di zaman sekolah dahulu, buatkan penemuduga tertarik dengan anda untuk terus mendengar apa yang akan anda perkatakan.
2) Why do you choose architecture?
haa, yang ini juga part paling kritikal, jawab dengan penuh yakin dan idea yang futuristik. Macam aku aku jawab "..architecture is a creative profesion, you can make a design and realised it in your real life, As time progress, I was intriguated by how building affect our life, behaviour, mood and also future. Beside that most of our life are spend in building, so I have a vision to make a better live through my design. As we know, building consume CO2 consumption to environment, so I have the vision to make a better improvement on this problem through my design..." lebih kurang macam tu lah ayat aku haha tak adalah futuristik mana, tapi yang penting keyakinan tuh.
3) What is the prospect in architect?
waktu ni aku gelabah sebab aku tak buat research pun fasal ini, tapi nasib baiklah aku ada tanya-tanya jugak Apit, coach rugby aku as dia juga arkitek, so banyaklah jugak ilmu yang aku ada so aku ceritalah yang arkitek ini ada berapa jenis semua, ada arkitek yang duduk di site, designer arkitek, residential arkitek semua, dengan penuh keyakinan aku cerita. Sekali dah habis cerita dia betulkan aku arkitek macam ni macam ni, hahaha nak tergelak aku dalam bilik interview, punya aku semangat cerita tadi, rupanya ada sedikit salah faham, haha, nasiblah janji aku berkeyakinan cerita.
4) What is your favourite architect?
yang ini koranglah bolehlah buat research kat Mr. Google, bersepah maklumat. Macam aku aku jawab Frank Lloyd Wright untuk international, untuk local aku jawab Ken Yeang and Hijas Kasturi. Penting untuk tahu latar belakang sedikit2 fasal mereka ini, bangunan yang mereka bina, gaya binaan and so on, search jer kat google, berlonggok maklumat. Kalau boleh ambil lah orang lama. 

then dia tanya aku aku pilih course ni first choice ke? kalau andai kata aku dipilih untuk program senibina ini, archi student akan guna banyak duit untuk beli barang buku semua, kalau aku menghadapi masalah kewangan macam mana aku nak uruskan, dalam hal ini tak ada salah silap, dia nak tengok cara kita menyelesaikan masalah jer. then dia tanya if saya nak hantar awak ke UiTM Sri Iskandar, awak sanggup sebab masuk jauh ke pedalaman jugak.. kat sini jugak korang mesti tunjukkan bahawa korang nak dan sanggup. Then he ask, which one do you prefer, UiTM Shah @ Sri Iskandar, itu sebahagian temuduga yang aku lalui lah

Apapun Goodluck kepada yang bakal menempuh temuduga, yang penting berkeyakinan. All the best!

167 comments:

  1. Salam uwais, I'm facing my 2nd interview tomorrow. Your post really gives me some insights on how to improve my skills. Pray for my success. InsyaAllah :) btw wanna ask, did you bring your arts portfolio?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry for late reply, busy with hectic life of archi, i do bring the portfolio, and trust me the portfolio make look more serious and really helpful. sorry again.

      Delete
  2. assalamualaikum..uwais.. saya berminat nak masuk degree architect nim..tapi msih keliru dgn cra permhonan.. mlalui upu ke??mohon penjelasan.. TQ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mohon melalui upu, guna result spm saya, saya letakkan uitm sarjana senibina 1st choice. dan alhamdulillah saya dapat, kalau saudara berminat lagi boleh bertanya lagi

      Delete
  3. assalam..... adakah saudara memohon upu utk lepasan asasi/matrikulasi setaraf ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam, saya mohon dua2, satu guna result spm, satu lgai guna result matriks saya, alhamdulillah saya dapat menggunakan tawaran ini menggunakan result spm saya

      Delete
  4. assalamualaikum :: sahabat . seronok aku baca blok sahabat . minat sangat dgn krusus nh . tp ijazah terus ke ? lepas tamat kuliah boleh sambung master la kiranya kan .. aku nak tanya lagi , masa temuduga hari tu ada tak teman sahabat yg asal aliran ekonomi ke ? perdagangan ke ? aku khuatir la nak ambik krusus ni . sebab , rata2 baca blok pasal senibina nh , kebanyakan dari budak sc .. aku kiranya low sikit la .. maklumla , kelas pun pertengahan ... MGBU .. -wassalam- :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam, yes ijazah terus , lepas habis ijazah boleh terus sambung master tapi ada lah kriteria kriteria dia, kena kerja sekian sekian tahun, tapi ada jer yang sambung terus master kalau cemerlang, ada jer yang bukan aliran sains, sekarang pun ramai bukan aliran sains yang sekali dengan saya , tak kisah kalau low, lepas spm semua kosong balik, start dari 0 balik, kan, apa2 bolehlah tanya saya lagi

      Delete
  5. saya dapat result yang tak berapa okay. Addmath and Kimia saya D. masih ada peluang untuk memohon senibina? Pls saya perlukan bantuan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamulaikum, saya rasa peluang tu ada tapi tipis lah, apa kata awak try mintak dulu politeknik , kalau minat architecture, ada architecture di politeknik ungku omar, diploma lah

      Delete
  6. Saya lepasan SPM 2013 and saya pilih UPU yg pilihan pertama Ijazah sarjana muda sains senibina. Saya tak ambil seni masa SPM. Saya ambil sains tulen tapi saya berminat untuk jadi arkitek. Adakah saya berpeluang sebab saya tak ada laa folio macam saudara ? Tapi saya memang minat melukis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ambil seni tak jadi masalah.. Minat itu penting... Peluang semua sama. Kalau anda menonjol sewaktu temuduga insha allah anda akan dipilih. Dah dapat panggilan temuduga?

      Delete
  7. mcm mana dgn keputusan muet? sy lepasan spm 2013 .tkpnh pun ambik muet segala bagai.sy dah dpt interview ijazah sarjana muda sains senibina pd 19 april 2014 nih.tapi still confuse sbb diorang nak salinan keputusan muet.i think i need your help.Thanks :) u can visit my blog and leave your comment kat chatbox tau :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keputusan muet tak perlu lg memandangkan program ini disediakan untuk lepasan spm. Sama sama

      Delete
  8. urmm, interview for sarjana muda seni bina and interview for diploma seni bina reka bentuk dalaman sama ka? mohon pencerahan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seingat saya sama sahaja. Cuma soalan sewaktu ditemuduga yg lain.

      Delete
  9. Assalamualaikum. Saya bakal ditemuduga untuk course ni pada 19 April di UiTM JB. Saya student lepasan spm. Adakah saya student lepasan spm mampu menandingi mereka yang daripada Asasi/Matrikulasi? sebab for sure mereka yang dulunya Asasi Senibina akan ada lebih banyak knowledge pasal architecure berbanding saya.

    Dan adakah mereka yg dipilih untuk course ni akan dihantar di UiTM Seri Iskandar sahaja?

    ReplyDelete
  10. Waalaikummusalam. First of all tahniah kerana terpilih ke temuduga. Actually course ni diutamakan kepada lepasan SPM. Tak semestinya. Selalunya asasi senibina akan diserapkan terus ke universiti mereka masing2. Dan untuk pengetahuan. Mereka yang terpilih akan dihabtar ke UiTM Shah Alam dan Sri Iskandar. Goodluck interview. be confident. Gambatte

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks bro! Pray for my success. Oh lagi satu nak tanya. selalunya UiTM paling ramai dia ambik berapa orang untuk course ni? sebab saya dengar course ni sangat limited.

      Delete
  11. Macam batch saya di shah alam sekarang ambilan pertama dahulu 60 orang. Di Sri Iskandar dalam 80 orang. So jumpah yang agak banyak tapi limited. So goodluck! Be confident

    ReplyDelete
  12. beb you are sooooo cool! thanks beb fuh aku ada iv sabtu ni. and i didnt prepared anything becoz kerja. portfolio pun baru sampai rumah semalam. but research tak buat lg. help me bro apa benda yg most important kena buat research selain tokoh architect?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha rileks.. take a deep breath first.. buat research fasal bangunan bangunan kat malaysia, mayb nant dia akan tanya fasal bangunan-bangunan yang ada dekat malaysia and mayb dia suruh explained apa yang kita tahu, hehe and if boleh ambiklah tahu bangunan dekat area2 situ, contohnya shah alam, apapun be confident in ur explanation, hehe, goodluck interview! be confident ! Gambatte!

      Delete
  13. biasanya bulan berapa budak2 lepasan spm masuk UiTM for sarjana muda seni bina??? bulan 6 or bulan9???

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah saya berjaya temuduga hari tu. Dah dapat dah keputusan upu. Cuma saya confius dgn kemasukan course ni. Kenapa kemasukan bulan 9 ye? and betul ke ade part 1, part 2 LAM? Fakulti Binaan Perancangan dan Ukur dekat Uitm shah alam or perak? or atas rezeki lah..... thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dia terus program degree, degree start semester bulan september, yes ada part 1 part 2 semua tuh, FSPU ada dua, satu di shah alam satu lagi di sri iskandar perak, boleh saya tahu anda dapat di fspu mana?

      Delete
  15. Saya berjaya temuduga pada bulan april yg lalu dan berjalan dengan lancar. Aku cuma nak tanya sikit ni, selalunya lepas temuduga bulan berapa keputusan kemasukan UiTM for sarjana muda seni bina ni kluar? Aku cuma tahu masuk bulan september, aku cuma nak tahu keputusan dapat masuk ke tdak. Terima kasih =. :)

    ReplyDelete
  16. rasanya result untuk upu dah keluar, try check di laman web upu

    ReplyDelete
  17. Aslmlkm...sy dulu dpt jga interview bg kos ni,tp x lepas...agak2,bila lg second intake bg kos ni kna buka??n,kalau berjaya dlm 2nd intake tu,bila pla masuk uitm???

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam, second intake tak salah saya dia buka permohonan july nanti kot, apapun just always check laman web uitm, if berjaya insha allah kemasukan pada bulan mac tahun hadapan.

      Delete
    2. Minta maaf. Macam mana nak apply untuk second intake ni? Dri UPU juga ke?

      Delete
    3. Tunngu website uitm buka tawaran. Rasanya skrng dah buka

      Delete
  18. sya akan ada interview utk senibina next sunday..kalo lepas agak2 nya bila masuk U ?

    ReplyDelete
  19. saya takde portfolio macam mana ?

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum, sy ingin bertanya. Awak mmg dapat tawaran sblm kluar result matriks ke ? Dapat ijazah terus or kena sambung asasi/ diploma dulu? Awak mohon semasa awk di matriks lagi or rayuan upu ? Sy sgt minat bidang ni sy harap awak dpt bantu sy proses memohon dy macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, ye saya dapat sebelum keluar matriks tawaran interview, ijazah terus, saya mohon masa di matriks lagi, bawah permohonan upu diploma/ijazah lepasan spm, yes saya boleh bantu tiada masalah

      Delete
  21. salam.. nak tanya. saya pun dalam pengajian matriks sekarang, berminat dengan ijazah yang awak ambil ni. maksudnya awak mohon semasa di matriks lagi kan? jadi permohonan awak ni sama batch dengan spm bawah awak ke? dan kena beli no pin ?. sebab sekarang permohonan degree upu untuk lepasan matrik dah buka dan kena beli no pin jugak. adakah kena beli 2 no pin? satu untuk permohonan ijazah seperti awak menggunakan result spm, satu untuk upu degree lepasan matrik. minta penjelasan. maaf soalan panjang -.-' terima kasih.

    ReplyDelete
  22. Waalaikummusalam, ya saya mohon sewaktu dalam pembelajaran matriks, haah permohonan saya sama dgn batch spm bawah saya, ya kena beli no pin mcm biasa , so dua no pin lah, satu untuk lepasan spm , satu untuk ijazah lpas matriks. Harap membntu awak.

    ReplyDelete
  23. Salam, maaf mengganggu busy nak study.Saya nak tumpang tanya, result SPM dapat berapa ya? Sebab result SPM saya tak adalah bagus pun, saya pun dapat 6A. Jadi saya fikir kalau nak ambil degree terus guna result SPM, pihak universiti mesti akan ambil result yang cemerlang kan? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, tahniah atas result SPM adik. Cemerlang dah tuh. Result spm abang pun lebih kurang jer jumlah A dia. Insha allah ada peluang besar yg akan diberikan oleh pihak universiti. Lagipun kawan2 abang ramai lg yg dapat result biasa biasa saja.

      Delete
  24. Salam. Saya pelajar SPM 2014 dan bru keluar results. Results sya 1a+ 3a 3b+ dan 2b. If lets say i put this course in upu list, chances utk dpt th mcm mna? Dan contoh sya terpilih utk course nh tp interview tk lepas. Jd sya nak msuk mna? Sedangkan sya terpilih utk course dlm upu. universiti lain ttp sya akn dapat atau macam mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam. Peluanh besar insha allah lagi lagi kalau letak first choice. Berkenaan kalau tak lepas tuh. Nnt dlm result upu adik akan dpat pilihan lain dlm upu tu. Sbbnya result interview diumumlan di laman web uitm bkn upu dan diumumkan lebih awal dri tarikh pengumuman upu. So jgn risau sentiasa ada peluang lain kalau xlepas interview.

      Delete
    2. saya dpt interview. Introduction apa yg awak bagi? dan when we mentioned architects that we admired the most, what are we going to include?

      Delete
    3. the philosophy, the recent projects, the building that had been built

      Delete
  25. salam,terima kasih atas maklumat,mohon share :)

    ReplyDelete
  26. assalam, saya mcm abang (?) jugak laa. Lpsan spm 2013. Lambat setahun. Macam mana bljr dlm golongan yg xsama umur dgn kita and saya dulu dpt iv seni bina ni tp tak pergi sbb dulu saya buat asasi dkt utp. So, peluang nak dpt tu mcm dah jadi tipis ke macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam, ada lagi peluang, malah peluang sentiasa terbuka, belajar dalam golongan yang tak sama umur setahun jer tak banyak pun beza, malah tak terasa pun perbezaan umur tuh, sebab semua kawan

      Delete
    2. Oic. Thanks btw :D and one more question, kod utk kos ni AP 243 ke E2300? Sbb saya dapat tawaran utk E2300 and bila saya search google E2300 tu untuk Sarjana Muda (Sains) Senibina walhal time saya iv hari tu dia suruh tulis AP243

      Delete
  27. salam . saya lepasan spm 2014 and saya nak tanya untk course ni perlukan muet ke ?

    ReplyDelete
  28. salam . saya budak lepasan spm 2014 , katakan kan la tahun ni saya dapat civil engineering dekat uitm pada tahun 2015 then next year 2016 saya apply upu gunakan result spm saya and apply bachelor sc architecture dekat uitm juga . pada pendapat abg boleh ke buat macam tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau adik tolak yang tawaran sekarang, mungkin ada lagipeluang untuk tahun depan, tapi kalau dah terima mungkin dah tak boleh disebabkan nama adik dah daftar dalam sistem uitm, tak salah abang uitm kalau masuk kalau kita keluar dia akan blacklistkan nama tu so that dia xleh masuk dah mana-mana course

      Delete
  29. nak tanya, portfolio tu apa? portfolio yang macam mana diperlukan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. portfolio tu is a compilation of recent work kita, tak kisahlah sketches ke, folio seni time belajar ker, semua kerja atau lukisan yang kita pernah buat, tu semua dicompile masuk dalam satu portfolio(fail)

      Delete
  30. assalamualaikum, tumpang tanya. Saya dpt temu duga sarjana muda seni bina di uitm perak. adakah tmpt saya kekal di uitm perak klau saya lps temu duga tu dan swaktu temu duga, bolehkah saya minta untuk bertutur dlm bhasa melayu sbb saya lebih yakin dgn bhsa mlayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya anda akan dapat di uitm perak, sebab saya iv di penang dapat di shah alam, tapi architecture di uitm hanya ada 3, shah alam(bakal berpindah ke puncak alam, sri iskandar dan samarahan untuk pelajar2 borneo, boleh bertutur dalam bahasa melayu, tapi dinasihatkan seeloknya bertutur dalam bahasa inggeris

      Delete
  31. Assalamualaikum. nak tanya, saya dapat temuduga sarjana muda seni bina. Maslasahnya, saya tak ada asas langsung dalam lukisan. bolehkan saya menghadiri temuduga tapi temuduga ini ada ujian melukis. Lagi satu, wajib ka kena ada muet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam, tiada asas takpe, skill boleh dilatih, hadir temuduga, mana tahu ada rezeki di architecture, muet tak wajib sebab course ni diutamakan kepada lepasan uitm

      Delete
  32. Assalamualaikum. Saya nak tanya, untuk temuduga, perlu ke bawa folio seni yang saya buat masa form5?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam, bawalah, tu dikira sebahagian daripada portfolio, dari situ nampak effort dan minat kita lebih sikit untuk mendapatkan course ni

      Delete
  33. Assalamualaikum,saya nak tanya benda apa ye yang kita kena lukis dan kena lukis 3d atau apa?kerana esok ialah hari interview saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam, ikut lah, masa iv saya hanya perlu lukis bentuk bentuk geometri di hadapan saya, tahun kamu mungkin dah lain, mungkin kena lukis rumah atau bangunan, yes ianya lukisan 3d

      Delete
    2. Assalammualaikum .. panggilan interview dip perancangan bandar n wilayah bg fakulti senibina bila ya.?? Kalau under upu .. kene tggu upu dulu ke.. ?? Sbb smlm kwn sy cakap interview tu ada.. saya takut terlepas peluang..

      Delete
    3. tak salah saya kalu permohanan upu lepasan spm, interview sabtu lepas, tapi abang tak pastilah, so better check di website uitm

      Delete
  34. Assalam.. Saya baru lepas iv dua hari lepas.. Sekiranya brjaya, tawaran tu bila ea??

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan mei sekali dengan keputusan upu lepasan spm, tapi kemasukan bulan september sekali dengan pelajar sarjana muda lain (degree)

      Delete
  35. salam, kalau dah lepas interview macam mana kita nak tahu yg kita dapat course ni? melalui surat ke atau check dkt laman web?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Check laman web upu. Rasanya result dah keluar semalam.

      Delete
  36. Salam, hari tu saya dah pergi interview architecture kat uitm shah alam... tapi saya tak dapat kursus tu...saya minat sangat-sangat kursus tu...sekarang ni saya tengah siap-siap untuk masuk matrik 25 mei ni..saya nak tanya bila second intake untuk kursus architecture?

    ReplyDelete
    Replies
    1. next intake mac tahun depan. Permohonan tak pasti buka bilam boleh check di laman web uitm.

      Delete
    2. next intake mac tahun depan. Permohonan tak pasti buka bilam boleh check di laman web uitm.

      Delete
  37. Replies
    1. if sy masuk matrik pd 25mei 2015 ni, and tamat pengajian pd 2016 , agak2 lepasan matrikulasi masih boleh x nak mohon degree arkitek??

      Delete
    2. next intake mac tahun depan. Permohonan tak pasti buka bilam boleh check di laman web uitm

      Delete
  38. Assalamualaikum...saya nak tanya selepas asasi sains di UiTM Puncak Alam boleh tak saya memohon program ini? Lepasan asasi sains diterima ke tak untuk pengajian seni bina ni? Terima kasih ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Boleh. Apa kata xpyah tunggu habis asasi pun adik try sahaja dlu mana tahu ada rezeki dpt. Mohon guna result spm dahulu

      Delete
  39. assalammualaikum, saya nak tanya... saya student graphic. sy nak apply untk degree senibina. saya ade basic lukisan kejurteraan n tahu guna autocard sikit. sebab saya belajar l.k mase di sekolah. mse dip sy nak ambik seni bina tapi saya sangkut, so endup ambik graphic. so this degree, layak tak saya ambik bidang senibina? dan peratus kemungkinan sy layak diterima adalah cerah atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layak. Peratus untuk diterima tu saya tak pastilah. Tapi ramai sahaja kawan saya dri course berlainan sekarang ni. apa kata cuba dahulu nasib. insha allah ada rezeki

      Delete
  40. assalamualaikum..sya nak tnya..klau ambik diploma seni bina kt poli ada part 1 LAM ke?

    ReplyDelete
  41. Salam. Nanti exam muet kita kena ambil sewaktu pengajian degree tu ke?

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, sewaktu belajar, sebelum habis belajar

      Delete
    2. aaaaa satu lagi lupa nak tanya hee. untuk student yang baru nak masuk, perlu beli apa apa alat lukisan ke? contohnya? atau apa apa barang yang lain? hehe terima kasih.

      Delete
    3. Ouh. Jangan risau. Nanti hari first masuk lecturer akan bgtahu apa yang perlu dibeli

      Delete
  42. Salam site awk sngt membantu..terima kasih..sy nak tnya cuti semester slalunya start brapa haribulan? Sama tidak dgn budak degree kos lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sahaja dgn bdk course lain di uitm ni. Cuma balik lambat sikit sebab ada review day

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  43. slm..nk tnya..
    part 1 sekarang dh jdi degree ke?
    part 2 pulak jdi master..?
    betul ke?

    ReplyDelete
  44. Assalam. Abang dah sem brp skrg?

    ReplyDelete
  45. Assalammuaalaikum..nk tanya sikit ni. Sy amik spm thn ni and berminat nk amik course architecture ni for next year kat uitm la. But sy tak fhm pasal part 1 and 2 tu. Benda tu diploma ke degree eh? Bole explain tak. And sy takde basic dlm seni..bole go ke kalau amik course ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam, for uitm part 1 is degree and part 2 is master of architecture, for bachelor sc of degree architecture ni period is 4 years and after that if nak sambung part 2 which is master of architecture which take 2 years to complete.. takde masalah kalau xde basic dalam seni, sebab when u enter part 1 lecturer will teach from zero.

      Delete
    2. Ohh.. cost pengajian berapa eh utk yg degree tu. Yg abg sambung ni gune result spm terus kan?

      Delete
    3. Ohh.. cost pengajian berapa eh utk yg degree tu. Yg abg sambung ni gune result spm terus kan?

      Delete
    4. Yup. Bachelor Sc. Of Architecture

      Delete
    5. Kos pengajian dia brape eh.. sorry banyak tanya

      Delete
    6. Kos pengajian dia brape eh.. sorry banyak tanya

      Delete
    7. yuran uitm semua sama jer, dalam rm 700 kalau sekarang, kalau kos pengajian memang architecture ni use a lot of money

      Delete
  46. Assalamualaikum abg, sy nk tny skit. sy lepasan DIPLOMA SAINS GEOMATIK. sy nk tny, boleh ke sy nak apply kos SENIBINA untuk smbung degree? jika boleh, adakah saya perlu isi untuk lepasan STPM/SETARAF @ lepasan SPM / SETARAF @ kedua2nya sekali? mohon pencerahan ^_^ #PLZHELPMEEEE !

    ReplyDelete
  47. waalaikummusalam, boleh, sebab ada kawan kawan saya dari bermacam course, rasanya apa kata try both sebab dulu saya pun try both

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya boleh sambung degree terus eh? ke dpt degree archi ni tp still kena mula drpd bawah balik means LAM part 1 sume tuh? so lagi lama belajar ke mcm mana sbb drpd diploma course lain kan..

      Delete
  48. Assalamualaikum, boleh tanya,
    1. Apa syarat kelayakan untuk ijazah sarjana muda seni bina nie bagi lepasan spm?
    2. Saya dpat diploma senibina kat politeknik tapi tak sure ade 1 LAM atau tak. Bole bagi penerangan?

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum nk tanya. Nanti kalau result upu dh keluar. Tawaran dia ada satu je atau byk? And , kalau tk lepas iv. Ada masa lagi ke utk terima twran lain(kalau ada)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, ada satu sahaja, kalau tak lepas iv, anda akan dapat tawaran untuk course lain

      Delete
  50. Lagi satu, ada tk biasiswa (full) yg bikeh apply utt course ni kat uitm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm xsure, dulu masuk guna PTPTN jer, lepastuh result elok apply scholarship JPA, mungkin boleh cuba scholarship JPA untuk ijazah dalam negara

      Delete
  51. salam bang . saya lepasan spm 2015 .. minat nak masuk iazah 4 thun at UiTM ni.. brapa yuran setiap sem yaa bang ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, RM700 lebih first sem, RM 500 lebih for the next next semester, yuran paling murah dalam Malaysia

      Delete
  52. assalam ,sy nk smbung archi kt uitm jgk.tp result sy x melayakkan sy nk smbung ke ijazah sarjana sains seni bina ni ,tp dip yg ada kaitan dengan senibina sy boleh apply . cth kalau sy amik dip senibina yg bkaitan bleh ke sy nk appy ke ijazah sarjana sains seni bina ni kt uitm lps abis buat diploma tu? mohon bantu sy ye,

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam, boleh selalunya, selepas habis dip senibina contohnya di politeknik, boleh memohon untuk kemasukan ke UiTM, selalu pelajar pelajar dip senibina akan bermula daripada semester 4, iaitu hanya 2 tahun setengah selepas melakukan pengecualian kredit subjek di UiTM.

      Delete
  53. Assalam sy nak tnya ,sy lpasan spm 2015 .adakah ijazah sarjana muda sains seni bina ni untuk lpasan spm atau diploma or asasi ? lpastu skiranya di terima mcmmna nak tau bilaa interview tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dibuka kepada untuk lepasan SPM, diploma dan juga asasi, UiTM akan maklumkan di dalam portal mereka keputusan interview itu, jadi selalulah ke portal UiTM.

      Delete
  54. Assalamualaikum bang..sy lepasan spm 2015.. Now dlm upu ad sarjana muda Sains kepujian senibina,means dy da ad part 1 ke? One more thing dy same ke dgn ijazah? Confuse..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam, yes yang tu part 1.. haah masuk bawah ijazah

      Delete
  55. Assalamualaikum bro, for spm leavers do we need MUET results for the interview for this course cause my friend and I got really confused when they listed MUET results on the list of stuff to bring for sarjana muda application. And also does my performance during interview effect which faculty(perak,sarawak,puncak alam) I will be going to later on? Thank you in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, for spm leavers you dont need the MUET results, and for the interviews, NOPE, perfomance tak menentukan akan diletkkan di mana, sebab it's randomly

      Delete
  56. Salam abg, kos ni mmg byk pakai duit ke? Agak2 sebulan brp pakai? Satu lg, boleh tak trgkan portfolio tu mcm mana? Apa2 lukisan ke? Sbb sy nak pegi iv sabtu ni. Tlg bro huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, banyaklah jugak sebab banyak guna material for the drawing and model and bila when go to the upper years banyak spend on the printing and models pulak, sebulan tak pasti ikut masing2, kalau abang dalam 100-200 RM, Portfolio is a compilation of works yg dah kita buat contohnya sketches, project seni masa sekolah, drawing2...

      Delete
  57. Salam..sy nak Tanya berminat la pula rasa nak sambung belajar,sy dh kerja lama lbh 6 thn dah mcm2 bahagian dh rasa,tapi dulu habis taraf diploma senibina sahaja rasa nak sambung boleh lagi x skg umur dah 34,rs univ ambil lagi x?kalau bekerja sambil belajar ada x kursus ni..TQ bro hrp reply msg saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, boleh saja bro, ilmu tu sampai bila-bila kita boleh tuntut, kalau yang belajar sambil bekerja saya rasa UTM KL ada sediakan program untuk senibina panggil SPACE xsalah saya, trylah cari maklumat mengenai program ni dengan lebih mendalam, harap saya menjawab persoalan bro.

      Delete
  58. Hi mr uwais! Is it possible ambil 2nd degree architecture? Means da graduate bidng lain.. n nak sambung study bidang architecture.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, possible.. even some of my studio mates are from another courses

      Delete
    2. assalamualaikum, sy berminat sgt dgn course ni n sy lepasan spm, tp sy tak ltak course ni as my first choice kat upu. sy dapat tawaran dip ukur bangunan di uitm seri iskandar dan matrikulasi. jadi jika sy berminat dgn degree sy perlu beli no pin dan letak course ni as a first choice ya. daftar semula macam yg kita mula mula daftar upu tu? thank you.

      Delete
    3. Pertamanya tahniah atas tawaran yang adik terima. Jawapan abang. Haah kena letak first choice baru ada peluang nak dapat iv. Kalau berminat dengan uitm bolehlah check website dia check bila dia buka permohonan untuk tawaran kemasukan Mac 2017

      Delete
  59. assalamualaikum bang, saya lepasan matrikulasi and dapt iv seni bina dkat um tapi saya langsung takde basic, takpe ke eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah dapat iv tu kira bagus dah. Semua orang start dari kosong dik. Abang pun xde basic langsung pasal senibina. Xpe xde basic. Atleast study sikit2 bfore iv ni.

      Delete
  60. Assalammualaikum,nk tnye.saya lepasan matrikulasi..n then..saya dapat iv untuk sarjana muda sains seni bina..muet saya waktu kat matrikulasi kureng sikit..so cmne eh??.die tngok ke result muet kita ni..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah dapat tawaran iv tu kira dah okaylah tuh. Muet kureng xpe.. pergi dahulu iv.. result muet kena check dengan faculty requirement

      Delete
  61. Hi Mr 'Uwais.Salam 12 Ramadan.It's me again :).hari tu sya ada tnya pasal nak sambung 2nd dgree architecture kat uitm.and I have another question, u mentioned yg studio mate from other courses, meaning dorang ni lagi older than u la..and background dorang dari dgree( tiada kaitan dgn archi) ke degree archi atau they hve diploma berkaitan degn archi baru dpt enroll dgree archi kat uitm?
    Heee..if u have time,pliz answer me yea..really appreciate your reply.tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, ada yang bukan dari diploma archi, ada sorang kawan dari diploma fine art, jauh tu cabang dari archi, sorang lagi dari diploma building. Tak semestinya kena ada diploma berkaitan, yang membezakan if students yang dah ada diploma berkaitan when he enters uitm he can skip till part 3 or part 4 because he already had the basic part of the studies. Hehe

      Delete
  62. Kelayakan jadi arkitek ni kena ade fizik dan add math ke ? Saya form 4 kelas perdagangan . Saya mmg minat melukis

    ReplyDelete
  63. Salam,abang uwais, saya terjumpa blog ni n saya nmpk abang sgt aktif menjawab soalan2 psl architecture, saya cuma keliru pasal pembelian no pin untuk seni bina... Tak sama ke dgn no pin biasa... Saya dah isi upu. BTW, saya student spm2016. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama saja sebenarnya, kalau betul2 berminat pastikan letak uitm as first choice, insha allah ada rezeki dapat

      Delete
  64. salam, saya nak tanya. sy lepasan spm 2012. boleh ke kalau sy memohon course ni sebab spm sy dah lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Waalaikummusalam, saya xsure, kena call UiTM ask for their confirmation, sebab result SPM xsalah saya valid for two years jer

      Delete
  65. assalam abg...kalau saya dpt D dalam subjek BI masih boleh memohon ke course ni? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, saya tak sure, kena check requirement by Uitm for this course

      Delete
  66. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  67. Assalam..Saya layak untuk mohon degree programme untuk seni bina. Kalau saya letak saya punya choice untuk prgrme ini sebagai pilihan pertama,adakah saya automatically akan dpt temuduga tersebut? Sebab dengar cerita lepas interview sahaja mereka akan pilih student yang berjaya dalam interview tersebut..adakah betul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, kalau letak first dan berkelayakan insha allah akan dipilih untuk temuduga, selepas temuduga baru akan dapat tahu kita dapat ke tidak program ini, kalau tak dapat akan ditawarkan ke program lain

      Delete
  68. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  69. Tumpang tanya,hmm..temuduga tu memang semua yg ada memohon kos yg bertemuduga semua mesti hadir ?? Or dipilih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anda layak anda akan dipanggil untuk temuduga

      Delete
  70. Salam.. Saya baru jer lepas iv pada 22hb lepas.. Markah lukisan saya dapat dalam 68 markah tapi masa iv mrk langsung tak tanya soalan teknikal. Cuma latar belakang saya. Saya rasa cuak tentang peluang saya untuk terpilih. Boleh Abg bagi pandangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, saya tak pasti, jadi sekarang anda di mana?

      Delete
  71. Salam , saya lepasan spm '16 dan berjaya dapat kos ni , cuma nk tanya nnti rakan bilik saya dan classmate saya ade yg sebaya dengan saye ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam, studiomates anda selalunya akan sebaya untuk program September intake, rakan bilik mungkin akan bercampur degan course lain, skrang sudah mendaftar kan? jadi bagaiman perasaan anda

      Delete
  72. salam nak tnya.. kalo kputusan SPM ada 3C+ 3C dapat ke ? dan kalo di campur dengan sijil teknologi senibina membantu ke ?? tq bro harap awk reply comment ni..🙏🏻

    ReplyDelete
  73. 1.Assalam, result spm '17 saya 1A+ 2A 1A- 3B+ 2C+ layak tak dpt course ni?

    2.And nk tnye lagi , kalau kita amik diploma seni bina kt poli, kita xde LAM part1 ?

    3.Lepas diploma seni bina, boleh tak sambung degree sarjana muda sains seni bina ni? Pstu boleh sambung semester 4 terus kn(2 thun setengh)?

    4. Lepasan spm yg minat bidang seni bina, patut amik matriks or diploma?

    Terima kasih, sudi jawab soalan saya :)

    ReplyDelete
  74. Assalamualaikum.. nak tanya sikit.. boleh cerita sikit pasal prospect utk architecture ni? Saya tak berapa tahu sgt.. terima kasih bantu 😇

    ReplyDelete
  75. Assalamualaikum Uwais...congratz ya...
    My daughter lepasan SPM 2017..bru je ambk result..alhamdulillah result dia wpun x staright As..dia dri class lukisan kejuruteraan..dia bminat bidang arkitek dlm UPU her 1st choice is Sarjana Muda Seni Bina..adakan result SPM memainkan peranan kerana dia hnya mndpt 3As and selebihnya Bs..tq Uwais..😊

    ReplyDelete
  76. Assalamualaikum.
    1) Boleh ke saya nak ambil jurusan senibina dengan result SPM persendirian yang cuma ada mata pelajaran sains, mathematics, bm, English, add math, sejarah dan pendidikan Islam.
    2) Jurusan ni tak perlu diploma kan?
    3) kelayakan untuk ambil jurusan ini.
    Thank you.

    ReplyDelete