Wednesday, May 22, 2013

Sarjana Muda Sains Senibina (UiTM): here I come

so the result was out, and alhamdulillah I got the course, Sarjana Muda Sains Senibina at UiTM Shah Alam.. Weehuuuuu! Thanks!

Actually aku dah mohon course ni last year, tapi silap aku sebab tak letak course ni sebagai first choice, dahtuh dapat 5th choice, diploma, memang lepastuh aku masuk matriks lah, setahun aku mencangak kat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, tuptup UiTM panggil interview masa akhir April lepas, masa tu tengah final exam matrikulasi, memang aku tak cakap apa dah terus terima untuk pergi temuduga tuh, dan alhamdulillah temuduga berjalan lancar. Dan sekali lagi alhamdulillah aku diterima masuk ke UiTM Shah Alam untuk course ni. Walaupun satu tahun aku terpaksa habiskan dulu masa di program matrikulasi, tapi ada hikmahnya aku menunggu sehingga satu tahun. 
Eventhough one year wasted, but still it's really worth, to know them(matriculation's friends), work in organisation, life as pre-university students, being busy with tutorial assignments project lecture, adapt to university life, well it's worth eventhough I waste my time there. for one year! but thanks matriculation programme for such many experiences you already had given me for a past one years.
dan kepada rakan-rakan matrikulasi, goodluck untuk result yag akan keluar minggu depan (awal JUN), aku dah takperlu risau, mih mih mih (*gelak jahat). Apapun aku nak mengucapkan terima kasih kepada semua kerana mendoakan kejayaan aku. Semoga kita semua sama-sama berjaya Insha Allah.

Friday, May 3, 2013

Temuduga Sarjana Muda Sains Senibina (UiTM)

bayangkan tengah final exam matrikulasi, aku check result, ALHAMDULILLAH aku dapat temuduga untuk Sarjana Muda Senibina UiTM, apa lagi tengah final tak final, aku rebut peluang ni, dah memang dari dulu lagi aku nak course Sarjana Muda UiTM ni, dua kawan aku dah terlepas dah masuk awal dari aku, masa aku menulis ni, mereka2 sudah dua semester di hadapan aku, sedangkan aku masih bertungkus-lumus menghabiskan program matrikulasi, pada asalnya tahun lepas aku memohon jugak untuk course ni, tapi bukan rezeki nak buat macam mana kan, Allah ada aturan dia, then untuk intake bulan disember aku terlepas, tapi alhamdulillah untuk kali ini aku berjaya, untuk pengetahuan semua, aku memohon course ni menggunakan result SPM aku, kenapa terjadi begini? disebabkan aku memohon program diploma juga selain program degree, means as backup sebab aku tak yakin dengan result PSPM matrikulasi aku akan melayyakan aku ke universiti tempatan so aku ambil keputusan sebelum 15 April lepas untuk mengisi UPU bagi mengambilan Pelajar Sarjana Muda dan juga Diploma bagi lepasan SPM/Setaraf sebagai backup kepada UPU Degree. Sebenarnya untuk pengetahuan semua tak salah pun untuk memohon kedua-duanya, and alhamdulillah aku dapat temuduga untuk program degree ni, orang cakap kalau dah dapat temuduga sebelah kaki dah dalam tempat tu, cuma nak bawa sebelah kaki jer lagi.
Aku ceritakan pengalamanku bersamanya diselitkan tips-tips untuk yang akan melalui temuduga yang lebih kurang macam aku.

Hari TEMUDUGA
tarikh temuduga ialah 27 April 2013, tempat temuduga yang aku dapat ialah di UiTM Pulau Pinang, Permatang Pauh.. alhamdulillah 10 minit jer dari rumah aku, so tak susah sangatlah walaupun even tengah final exam, bayangkan tinggal lagi dua paper Physics dan Kimia. Berbekalkan sijil-sijil SPM dan folio seni sewaktu SPM aku pergi ke temuduga, aku sangkakan ramai orang seperti yang kawan2 aku ceritakan tapi jangkaan aku meleset sebab masa hari aku temuduga tak sampai 40 orang pun, dalam 30 macam tu jer, and untuk course aku dalam 14 orang jer, itupun lelaki 4, selebihnya perempuan (*terasa kepupusan lelaki di situ, sadis). Dinasihatkan kepada semua calon temuduga untuk hadir awal untuk mengelakkan masalah-masalah. Rata-rata yang hadir ke temuduga hari itu semuanya lepasan SPM 2012, hanya aku lepasan SPM 2011.

Temuduga bemula...
temuduga terbahagi kepada dua:
1) Ujian Melukis (Drawing test)
2) Temuduga (Walk-in interview)

Ujian Melukis
untuk ujian melukis, anda diperuntukkan masa selama satu jam untuk menyiapkan lukisan. Lukisan yang perlu dilukis mudah sahaja, ketika temuduga aku ini aku perlu melukis bentuk-bentuk geometri yang disusun di tengah-tengah bilik melalui persepktif aku, sebab apa melalui perspektif masing-masing? supaya tak ada sesiapa pun boleh meniru sebab perspektif setiap orang adalah lain. Untuk pengetahuan semua, anda akan dikumpulkan dalam satu bilik yang diletakkan bentuk-bentuk geometri yang untuk dilukis di tengah bilik dan hanya dibenarkan menggunakan pensil 2B atau BB sahaja dan pemadam, pembaris adalah haram digunakan sebab dia nak tengok semua free hand, sebelum ujian lukisan anda perlu mengisi dahulu borang maklumat diri. Lukisan yang anda lukis sebaiknya memenuhi seluruh A3 drawing paper, dan mulakan lukisan dengan melukis kawasan luar dahulu, kemudian baru lukis setiap bentuk lukisan tu, kalau rajin dan berkemahiran lepas tuh buatlah bayang2 penataan cahaya, dan dinasihatkan untuk meninggalkan jer construction line, barulah nampak teknikal sikit, hehehe.

Temuduga 
aku merupakan orang ke-5 ditemuduga, sebelum aku ada seorang budak lelaki, dan selepas aku juga budak lelaki, sebelum masuk temuduga seriously kami tak bincang apa2 langsung fasal Senibina, sembang fasal benda tak ada kaitan langsung. Then tiba giliran aku. Aku masuk and bersalaman dengan penemuduga. Hanya seorang penemuduga untuk program aku. Lelaki. Dah selesai semua urusan aku minta untuk duduk.
Untuk pengetahuan semua, temuduga ini adalah dalam bahasa Inggeris, speaking okay, tapi ada jer aku dengar kawan2 aku berbahasa melayu jer, semua bergantung kepada penemuduga lah, tapi sebaiknya speaking lah, untuk menunjukkan lebih keyakinan kepada penemuduga bahawa kita berkeyakinan.
Untuk temuduga aku, ada beberapa soalan yang ditanya.
1) Introduce yourself
masa ini anda kenalkan diri anda, sekolah mana, anak keberapa dalam keluarga dan seterus-seterusnya, harus diingat bahawa penemuduga itu bukan menemuduga kita seorang jer, so janganlah "My name is ..... my father name.... my mother name...." dia pun dah boleh hafal skrip setiap calon yang masuk tuh, apa kata jadikan sesi mukadimah itu lebih menarik untuk menarik perhatian penemuduga, paling penting anda kena UP-kan diri sendiri waktu, ceritakan segala Idea, Jawatan, Projek yang anda pernah urus masa di zaman sekolah dahulu, buatkan penemuduga tertarik dengan anda untuk terus mendengar apa yang akan anda perkatakan.
2) Why do you choose architecture?
haa, yang ini juga part paling kritikal, jawab dengan penuh yakin dan idea yang futuristik. Macam aku aku jawab "..architecture is a creative profesion, you can make a design and realised it in your real life, As time progress, I was intriguated by how building affect our life, behaviour, mood and also future. Beside that most of our life are spend in building, so I have a vision to make a better live through my design. As we know, building consume CO2 consumption to environment, so I have the vision to make a better improvement on this problem through my design..." lebih kurang macam tu lah ayat aku haha tak adalah futuristik mana, tapi yang penting keyakinan tuh.
3) What is the prospect in architect?
waktu ni aku gelabah sebab aku tak buat research pun fasal ini, tapi nasib baiklah aku ada tanya-tanya jugak Apit, coach rugby aku as dia juga arkitek, so banyaklah jugak ilmu yang aku ada so aku ceritalah yang arkitek ini ada berapa jenis semua, ada arkitek yang duduk di site, designer arkitek, residential arkitek semua, dengan penuh keyakinan aku cerita. Sekali dah habis cerita dia betulkan aku arkitek macam ni macam ni, hahaha nak tergelak aku dalam bilik interview, punya aku semangat cerita tadi, rupanya ada sedikit salah faham, haha, nasiblah janji aku berkeyakinan cerita.
4) What is your favourite architect?
yang ini koranglah bolehlah buat research kat Mr. Google, bersepah maklumat. Macam aku aku jawab Frank Lloyd Wright untuk international, untuk local aku jawab Ken Yeang and Hijas Kasturi. Penting untuk tahu latar belakang sedikit2 fasal mereka ini, bangunan yang mereka bina, gaya binaan and so on, search jer kat google, berlonggok maklumat. Kalau boleh ambil lah orang lama. 

then dia tanya aku aku pilih course ni first choice ke? kalau andai kata aku dipilih untuk program senibina ini, archi student akan guna banyak duit untuk beli barang buku semua, kalau aku menghadapi masalah kewangan macam mana aku nak uruskan, dalam hal ini tak ada salah silap, dia nak tengok cara kita menyelesaikan masalah jer. then dia tanya if saya nak hantar awak ke UiTM Sri Iskandar, awak sanggup sebab masuk jauh ke pedalaman jugak.. kat sini jugak korang mesti tunjukkan bahawa korang nak dan sanggup. Then he ask, which one do you prefer, UiTM Shah @ Sri Iskandar, itu sebahagian temuduga yang aku lalui lah

Apapun Goodluck kepada yang bakal menempuh temuduga, yang penting berkeyakinan. All the best!